Pilihan raya umum Malaysia M. Asojan

Pilihan raya umum Malaysia ke-11

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya, membuat persepadanan baharu bahagian Parlimen Ledang. ADUN Gambir telah diwujudkan. Beliau merupakan calon yang sesuai untuk bertanding bagi memperkuatkan pengaruh Barisan Nasional bagi negeri Johor. Pada pilihan raya tersebut, beliau menewaskan calon dari parti PAS.

Kerusi N9 Gambir

  1. Aripin Bin Haji Dahalan (PAS) 3,581 undi
  2. M. Asojan Muniyandy (BN) 9,690 undi
  • Majoriti: 6,109 undi.


Pilihan raya umum Malaysia ke-12

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau mempertahankan kerusi ADUN Gambir. Pada pilihan raya tersebut, beliau menewaskan calon dari parti PAS.

Kerusi N9 Gambir

  1. Kassim Bin Ibrahim (PAS) 5,727 undi
  2. M. Asojan Muniyandy (BN) 8,190 undi
  • Majoriti: 2,463 undi.


Pilihan raya umum Malaysia ke-13

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi Dewan Negeri Gambir untuk penggal ketiga berturut-turut. Pada pilihan raya tersebut, persaingan empat (4) penjuru dengan menyaksikan dua (2) calon bebas berbangsa melayu turut bersaing bersama-sama dengan Pesuruhjaya PAS negeri Johor, Datuk Mahfodz Bin Mohamed. Datuk M. Asojan berjaya menewaskan kesemua calon tersebut dengan majoriti tipis. Beliau merupakan wakil rakyat paling lama berkhidmat di Dewan Undangan Negeri Johor selama tiga penggal berturut-turut sebelum ini Datuk S. Krishnasamy mewakili ADUN Tenggaroh, Johor.

Kerusi N9 Gambir

  1. Tuan Guru Datuk Dr. Mahfodz Bin Mohammed (PAS) 8,395 undi
  2. M. Asojan Muniyandy (BN) 8,705 undi
  3. Mohd Zan Bin Abu (Bebas) 837 undi
  4. Yunus Bin Mustakim (Bebas) 261 undi
  • Majoriti: 310 undi.

Pilihan raya umum Malaysia ke-14

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (PKR)

Kerusi N9 Gambir[2]

  1. Datuk M Asojan (BN) 7,192 undi
  2. Tan Sri Muhyiddin Yassin (PKR) 10,280 undi
  3. Datuk Dr Mahfodz Mohamed (PAS) 1, 806 undi
  • Majoriti: 3088 undi.
Pilihan Raya Umum Malaysia 2018N09 Gambir
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin10,280Menang
Datuk Asojan Muniandy7,192Dicalonkan
Dato' Dr Mahfodz Mohamed1,806Dicalonkan